Sebagai umat Islam dan pengikut setia Nabi Muhammad s.a.w., kita diberikan akal untuk mengukur kebijaksanaan fikiran kita menilai dan mengkritik sesuatu. Akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan-Nya. Kelebihan mahupun kekurangan seseorang itu tidak boleh ditafsirkan dengan akal yang pendek lagi singkat.
Apakah puncanya kita lemah? Adakah kita lemah kerana melihat orang lain lemah? Apakah puncanya kita kuat dan cemerlang dalam kehidupan? Adakah kita kuat dan cemerlang itu disebabkan oleh kekuatan yang kita bentuk untuk cemerlang? Sungguh rumit untuk kita fikirankannya....?
Ramai manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. lupa daratan. Lupa asal-usul kejadian diri mereka. Taksub akan kelebihan dan sumbangan orang lain. Tanpa memikirkan bahawa semua itu adalah kerana keizinan daripada 'ALLAH HU ROBBANA'..
Mengapa kita perlu menyalahkan orang lain? Siapa kita untuk menyalahkan dan meletakkan hukuman terhadap orang lain? Memaki hamun orang lain, menghina orang lain, mengatakan bahawa orang lain itu tidak melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim... Sidang pembaca sekalian, ingatlah bahawa kita tidak punya apa-apa di dunia ini. Segala yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata. Sedangkan kain putih yang akan menutupi jasad kita bila tiba saat terputusnya roh dari jasad itu juga bukan milik kita. Semua itu akan kembali kepada pemilik-Nya yang abadi. Siapa lagi jika bukan ALLAH s.w.t... Fikir-fikirkanlah.... Lihatlah di sekeliling anda... Berdoalah kepada-Nya.... Mohonlah keampunan yang berkekalan.... Insya-ALLAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan