Salam sejahtera ke atas tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah s.w.t....
Pada kali ini saya akan mengupas isu yang sedang hangat sejak kebelakangan ini. Mengapa harus meledakkan perasaan benci dan dendam yang melulu....? Sedarkah anda wahai umat Islam bahawa tidak menjadi satu kesalahan sekiranya agama kristian menggunakan perkataan "ALLAH".. Sedarkah kita bahawasanya manusia itu diciptakan oleh Allah s.w.t tidak mengira perbezaan bangsa dan agama... Tiada tuhan lain yang layak menciptakan manusia melainkan Allah s.w.t.. Jadi mengapa kita sebagai umat Islam yang menjadikan ISLAM sebagai Ad-din yang terpuji dan mulia di sisi Allah s.w.t. melarang agama kristian menggunakan perkataan "ALLAH"?
Sedar ataupun tidak, sebenarnya pemimpin gereja terutama sekali dari aliran Roman Catholic sudah mula menyedari hakikat bahawa ALLAH s.w.t. adalah satu-satunya Tuhan. Yang menciptakan alam semesta dan seluruh isinya, Yang Maha Esa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Tuhan yang layak disembah dan dipuja setiap masa..... Sebenarnya, apabila ini berlaku ramai di kalangan penganut agama kristian akan membuat perbandingan dan pertimbangan agama mana yang harus dianuti dan diamalkan cara hidupnya.
Inilah salah satu "Dakwah Bil Hikmah" yang patut kita syukuri, pelihara dan amalkan.. Perbuatan merosakkan gereja bukanlah salah satu jalan penyelesaian bagi menangani isu penggunaan perkataan "ALLAH". Bagi umat Islam yang belum faham akan kehendak Islam itu sendiri, adalah lebih baik untuk menginsafi segala bentuk kesalahan dan tafsiran yang negatif.. Kajilah bible sebelum membuat sebarang tindakan yang natijahnya nanti akan membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan yang tiada akhirnya.. Amalkan Islam itu terlebih dahulu... Lengkapkan diri dengan ilmu Islam yang mantap, mensyukuri dan menyedari bahawasanya masih banyak amalan Islam yang belum kita amalkan dalam kehidupan... Tidak perlu jauh untuk berfikir... Sempurnakah solat kita?
Rasulullah tidak pernah mengajar umatnya agar mengadakan rusuhan... Rasulullah tidak pernah sekali-kali mengajar umatnya melakukan onar setiap masa.... Rasulullah tidak pernah menyuruh agar orang yang tidak beragama Islam ditindas, dihina, dipinggirkan dan disifatkan sebagai penganut yang harus dipulaukan... Hidayah Allah s.w.t. tidak datang dengan isyarat.. Apabila Allah s.w.t. berkata "Kun Faya Kun" maka tiada perkara yang mustahil akan berlaku dan terjadi... Usah mendabik dada kerana kita seorang Muslim, jangan terlalu besar kepala kerana kita penganut agama yang suci lagi benar. Tetapi senantiasa la menyedari bahawa darjat kita di sisi Allah tetap sama melainkan Iman, Amal dan Taqwa kita kepada-Nya. IKHLAS adalah salah satu sifat yang cukup dituntut oleh Allah s.w.t. dalam apa jua perbuatan dan perlakuan. Ianya tidak dapat digambarkan dengan hujung bibir yang manis apabila diucapkan. Tetapi apa yang paling penting adalah biar la Allah s.w.t. sendiri yang menilai-Nya.
Ingat! Jangan Sombong, Jangan Angkuh... Fikir-fikirkanlah... Allahu 'Alam..
Rabu, 13 Januari 2010
Ahad, 13 Disember 2009
Harga Sebuah Kehidupan???
Pada hari ini, darjat kehidupan manusia terdiri daripada pelbagai golongan iaitu golongan kaya, golongan pertengahan, golongan miskin dan golongan yang terpinggir. Sudah menjadi adat kehidupan golongan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat mendapat sanjungan, penghormatan dan di pandang hebat oleh masyarakat. Oleh itu untuk mengejar nilai kehidupan, ada di kalangan mereka sanggup merasuah dan membeli gelaran-gelaran tertentu. Kadang kala golongan ini yang dilihat mempunyai harga diri yang tinggi sebenarnya mempunyai ruang terbuka luas mengumpul kekayaan dan maju ke hadapan secara TIDAK SAH.
Adapun golongan miskin dan terpinggir pula kelihatan kurang mendapat sanjungan sebagaimana yang diperolehi golongan kaya atau atasan. Manakala golongan bawahan sering mendapat laluan sukar dan terpaksa berhempas pulas mencari kesenangan hidup. Ini adalah lumrah kehidupan. Persoalan besar timbul ialah apakah perbezaan taraf hidup itu menentukan harga atau nilai kehidupan manusia.
Kita sering mendengar, malah dipaparkan dalam media massa mengenai kisah-kisah sedih penganiayaan, penzaliman, perhambaan terhadap golongan bawahan. Ini adalah salah satu contoh harga atau nilai hidup yang dialami golongan bawahan atau miskin dalam usaha mencari rezeki halal dan sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Saya amat sedih, golongan yang mempercayai diri yang bernilai tinggi bersikap sombong dan bongkak sanggup melakukan kezaliman tanpa alasan yang benar.
Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 42:
Maksudnya: “Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Sekali imbas, dunia dirasakan tidak selamat kerana golongan yang kuat menindas yang lemah dan terdapat golongan yang kaya tamak haloba memburu kekayaan sama ada secara sah atau rasuah. Apakah ini nilai atau harga sebenar dalam kehidupan kita?. Hakikatnya, Allah SWT telah banyak memberikan kita kesempatan iaitu sejak dilahirkan sehingga saat ini. Allah telah memberikan kita segala-galanya tanpa kita pinta. Tetapi jarang kita mensyukurinya kerana sesetengah dari kita merasakan itu adalah hasil jerih payah dan penat lelah kita sendiri.
Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya: “ Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kaufur nikmat.”( Hadtih Riwayat At-Tabrani)
Kita bertanggungjawab dan perlu bersifat amanah sepenuhnya terhadap kehidupan manusia atau nasib diri kita sendiri. Terdapat dua langkah meningkatkan nilai dan harga diri kita. Langkah pertama adalah dengan mengenali dan mengembangkan potensi yang ada di dalam diri kita sendiri. Langkah kedua adalah dengan memahami matlamat hidup kita di dunia ini supaya segala amalan yang kita lakukan lebih terarah dan selari dengan kehendak hukum syarak.
Kadang kala sifat khianat dan perbuatan buruk menjatuhkan integriti dan harga diri manusia. Sifat khianat ini biasanya wujud pada golongan yang kurang nilai keimanannya. Lebih jelas lagi, sifat khianat ini merupakan antara ciri-ciri orang munafik yang disifatkan sebagai orang yang melanggar janjinya dan menodai kepercayaan yang tersemat dalam jiwanya. Malah Allah SWT telah melabelkan orang yang khianat itu sebagai sejahat-jahat makhluk yang amat dimurkai Allah.
Kesimpulannya, sifat ketakwaan dan keimanan wajib dihiaskan dalam setiap peribadi muslim, terutamanya para pemimpin, ketua jabatan, pekerja, ibu bapa dan anak-anak. Dengan itu, diharapkan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat memacu kecemerlangan dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia.
Sebaliknya jika sifat khianat yang menjadi budaya, maka ia adalah isyarat berbahaya yang hanya mengundang masyarakat dan bangsa ke arah kehancuran dan kebinasaan.
Jumaat, 20 November 2009
Jangan Suka Menyalahkan Orang....! Kembali Kepada Fitrah...!
Sebagai umat Islam dan pengikut setia Nabi Muhammad s.a.w., kita diberikan akal untuk mengukur kebijaksanaan fikiran kita menilai dan mengkritik sesuatu. Akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan-Nya. Kelebihan mahupun kekurangan seseorang itu tidak boleh ditafsirkan dengan akal yang pendek lagi singkat.
Apakah puncanya kita lemah? Adakah kita lemah kerana melihat orang lain lemah? Apakah puncanya kita kuat dan cemerlang dalam kehidupan? Adakah kita kuat dan cemerlang itu disebabkan oleh kekuatan yang kita bentuk untuk cemerlang? Sungguh rumit untuk kita fikirankannya....?
Ramai manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. lupa daratan. Lupa asal-usul kejadian diri mereka. Taksub akan kelebihan dan sumbangan orang lain. Tanpa memikirkan bahawa semua itu adalah kerana keizinan daripada 'ALLAH HU ROBBANA'..
Mengapa kita perlu menyalahkan orang lain? Siapa kita untuk menyalahkan dan meletakkan hukuman terhadap orang lain? Memaki hamun orang lain, menghina orang lain, mengatakan bahawa orang lain itu tidak melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim... Sidang pembaca sekalian, ingatlah bahawa kita tidak punya apa-apa di dunia ini. Segala yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata. Sedangkan kain putih yang akan menutupi jasad kita bila tiba saat terputusnya roh dari jasad itu juga bukan milik kita. Semua itu akan kembali kepada pemilik-Nya yang abadi. Siapa lagi jika bukan ALLAH s.w.t... Fikir-fikirkanlah.... Lihatlah di sekeliling anda... Berdoalah kepada-Nya.... Mohonlah keampunan yang berkekalan.... Insya-ALLAH...

Ahad, 6 September 2009
Keutamaan Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda ketika datang bulan Ramadhan:
"Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Syurga dibuka, pintu Neraka ditutup, Syaitan-Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan ( tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).”

(Hadith Riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi)
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi oleh Allah S.W.T...
Apabila diumumkan tarikh jatuhnya bulan Ramadhan, betapa hati diselubungi kegembiraan yang tidak ternilai. Tidak tergambar akan kegembiraan bila saat-saat yang dinantikan itu datang menemui hamba Allah dengan iringan hadiah-hadiah yang begitu istimewa untuk umat-umat Nabi Muhammad s.a.w. Tidak dapat digambarkan betapa terharunya hati apabila datangnya bulan ramadhan yang penuh dengan kelebihan. Satu-satunya bulan yang penuh dengan ganjaran amalan. Apa tidaknya 10 hari yang pertama itu adalah RAHMAT, 10 hari yang pertengahan itu adalah PENGAMPUNAN dan 10 hari yang terakhir itu adalah DIBEBASKAN DARI API NERAKA.
Betapa indahnya Islam itu. Sehinggakan keredhoan ALLAH s.w.t. kepada agama Islam tersangat-sangat tinggi nilainya. Beruntunglah seorang muslim itu jika ianya istiqomah di dalam mengerjakan ibadah puasa penuh di bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Namun masih ada di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui akan pentingnya ibadah puasa ini untuk dikerjakan. Hukumnya WAJIB. Bila sudah disyariatkan hukumnya WAJIB maka, mahu tidak mahu WAJIB untuk dilaksanakan dengan penuh ketaqwaan dan kerendahan hati. Kita berpuasa bukan bermakna menahan lapar dan dahaga semata-mata. Lebih daripada itu untuk mencari RAHMAT dan REDHO Allah s.w.t. Maha suci Allah yang mensyariatkan amalan ini seolah-oleh memberi BONUS yang tidak dinilai dengan kemewahan & kekayaan menuju kejayaan di akhirat. InsyaALLAH.....
Ahad, 26 Julai 2009
Sedarkah Kita?
Assalamualaikum w.b.t...?
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana masih memanjangkan perjalanan hidup kita yang sementara di dunia ini. Pada kali ini, apa yang saya ingin kongsikan ialah sedarkah kita mengenai perjalanan hidup kita yang sebenar? Tentu sekali ramai di kalangan umat Islam masih tertanya-tanya mengenai perjalanan hidup yang bagaimana yang seharusnya kita lalui sebelum samapai masanya kita dijemput kembali oleh Allah Hu Robbi. Sedarkah kita bahawa hidup kita ini masih ada kekeliruan akan tujuan dan motifnya yang sebenar?
Wahai umat Muhammad sekalian, kembalilah kepada tujuan asal mengapa kita diciptakan oleh Allah s.w.t. di dunia ini iaitu mengabdikan diri dan menyembah hanya kepada Allah s.w.t. sahaja. Namun apa yang mengecewakan ialah masih ada di kalangan saudara-saudara seislam kita yang berpaling daripada kenyataan yang telah ditakdirkan sejak azali lagi. Ada yang masih menyembah selain daripada Allah s.w.t. Terlalu percaya akan perkara yang bersifat KHURAFAT... Fikir-fikirkanlah.....?

Rabu, 22 Julai 2009
Benarkah Umat Islam Masa Kini TABAH???
Umat Islam dikatakan umat yang terbaik. Memiliki segala bentuk kepakaran dan juga kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Apakah komen anda? Perlukah kita berbangga dengan apa yang kita miliki sekarang? Atau perlukah kita sentiasa berwaspada akan manis dalam erti kata manis kerana pujian yang hanya dapat mengembangkan hidung semata-mata? Islam adalah agama yang begitu indah. Islam agama yang diredhoi oleh ALLAH HU ROBBI yang maha pengasih dan maha penyayang. Tapi bagaimana pula dengan penganutnya? Umpama bila dicubit paha kiri, paha kanan pula yang terasa..! Apakah pendapat anda jika saya mengatakan umat Islam tidak TABAH...!!! Agama ISLAM tetap teguh berdiri sebagai elemen yang amat penting untuk melahirkan insan yang bertauladan, insaf, sedar akan kesilapan diri, zuhud akan nikmat yang sementara, tidak angkuh, tidak takbur, tidak lupa daratan dan yang lebih penting memenuhi segala perintah yang WAJIB ke atas diri setiap insan yang bergelar MUSLIM... Fikir-fikirkanlah...???
Langgan:
Catatan (Atom)