Rabu, 22 Julai 2009

Benarkah Umat Islam Masa Kini TABAH???

Umat Islam dikatakan umat yang terbaik. Memiliki segala bentuk kepakaran dan juga kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Apakah komen anda? Perlukah kita berbangga dengan apa yang kita miliki sekarang? Atau perlukah kita sentiasa berwaspada akan manis dalam erti kata manis kerana pujian yang hanya dapat mengembangkan hidung semata-mata? Islam adalah agama yang begitu indah. Islam agama yang diredhoi oleh ALLAH HU ROBBI yang maha pengasih dan maha penyayang. Tapi bagaimana pula dengan penganutnya? Umpama bila dicubit paha kiri, paha kanan pula yang terasa..! Apakah pendapat anda jika saya mengatakan umat Islam tidak TABAH...!!! Agama ISLAM tetap teguh berdiri sebagai elemen yang amat penting untuk melahirkan insan yang bertauladan, insaf, sedar akan kesilapan diri, zuhud akan nikmat yang sementara, tidak angkuh, tidak takbur, tidak lupa daratan dan yang lebih penting memenuhi segala perintah yang WAJIB ke atas diri setiap insan yang bergelar MUSLIM... Fikir-fikirkanlah...???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan