Ahad, 26 Julai 2009

Sedarkah Kita?

Assalamualaikum w.b.t...?

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana masih memanjangkan perjalanan hidup kita yang sementara di dunia ini. Pada kali ini, apa yang saya ingin kongsikan ialah sedarkah kita mengenai perjalanan hidup kita yang sebenar? Tentu sekali ramai di kalangan umat Islam masih tertanya-tanya mengenai perjalanan hidup yang bagaimana yang seharusnya kita lalui sebelum samapai masanya kita dijemput kembali oleh Allah Hu Robbi. Sedarkah kita bahawa hidup kita ini masih ada kekeliruan akan tujuan dan motifnya yang sebenar?

Wahai umat Muhammad sekalian, kembalilah kepada tujuan asal mengapa kita diciptakan oleh Allah s.w.t. di dunia ini iaitu mengabdikan diri dan menyembah hanya kepada Allah s.w.t. sahaja. Namun apa yang mengecewakan ialah masih ada di kalangan saudara-saudara seislam kita yang berpaling daripada kenyataan yang telah ditakdirkan sejak azali lagi. Ada yang masih menyembah selain daripada Allah s.w.t. Terlalu percaya akan perkara yang bersifat KHURAFAT... Fikir-fikirkanlah.....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan